Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan isteri, Datin Seri Azlin Hezri bergambar kenangan sebahagian penduduk yang hadir bagi membuat pemeriksaan kesihatan pada Program Mammogram Percuma ETIQA Fasa 3 di Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 23 NOVEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyeru semua pihak, termasuk swasta, menggembleng tenaga dalam merawat dan mencegah kanser payudara.

Menyedari kanser payudara merupakan pembunuh kedua terbesar selepas kanser paru-paru, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad kaum wanita mengambil serius perkara tersebut.

Katanya, soal diagnosm mengesan dan mencegah penyakit barah tidak hanya terletak pada bahu kerajaan sebaliknya ia merupakan pengemblengan tenaga semua pihak.

“Secara pokoknya pendekatan pengemblengan seluruh tenaga masyarakat ada dalam pencegahan kanser payudara dan ia bukan sahaja bersandarkan pada kerajaan sahaja.

“Selain sektor korporat atau komuniti perniagaan, NGO dan semua lapisan masyarakat lain memang kita harapkan pengemblengan seluruh tenaga dalam soal pencegahan kanser ini.

“Ini kerana hasil kajian Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) terbaharu mendedahkan secara purata sebanyak 31.1 kes atau insiden dilaporkan untuk setiap 100,000 penduduk di negara ini.

“Malangnya sebanyak 43 peratus dalam kalangan wanita dikesan diagnos barah payudara pada tahap lewat 3 dan 4 yang mana sukar untuk merawat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Mammogram percuma pagi ini.

Turut hadir Presiden NCSM, DR Saunthari Somasundram dan pengerusi Maybank Ageas Holdings Berhad Datuk R. Karunakaran.

Kempen ujian saringan kesihatan kanser payudara secara percuma itu melibatkan 6,000 wanita komunit Kumpulan B40 dari Lembah Klang dan Kuala Selangor melibatkan kos sebanyak RM2 juta hasil kerjasama NCSM dan Etiqa sebagai Tanggungjawab Social Kosporat (CSR).

Katanya, dua kempen pada 2017 dan 2018 oleh dua entiti itu membolehkan 11,000 wanita berusia 40 tahun ke atas mendapat manfaat saringan percuma itu dengan kos berjumlah RM4.52 juta.

Dzulkefly menjelaskan, di bawah Belanjawan 2020 kerajaan memperuntukkan RM216.9 juta bagi tujuan rawatan kanser atau Onkologi. – MalaysiaGazette