KUALA LUMPUR – Elok bubarkan sahaja Parlimen dan buat pilihan raya baru, kata Datuk Dr Puad Zakarshi mengulas kajian siapa menteri Pakatan Harapan yang patut digugurkan oleh portal Malaysian Insight.

Ia susulan 10 menteri berada pada kedudukan teratas dalam kajian yang membabitkan 17.781 responden.

Mereka ialah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, kalau empat tonggak kepada sebuah Kabinet Kerajaan pun masuk senarai, elok bubarkan sahaja Parlimen dan buat pilihan raya baru

“Kekalahan teruk PH di Tanjung Piai macam kena gempa bumi 10 skala richter membuktikan “Your time is over”.

“Memang tidak ada perubahan. Rakyat mahu diubah segera. Bayangkan tiga menteri tahap dewa, Maszlee, Syed Saddiq dan Mujahid berada di kedudukan paling atas,” katanya.

Dalam kajian itu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Rawa dan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran antara lima menteri yang dipilih responden untuk disingkirkan dalam Kabinet kerajaan. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Takan berani nak bubar parlimen. Kalau cakap balik bukit boleh lah. Tapi dalam parlimen ada berani. Hahaha.

  2. Ada 2 jenis pemimpin yg beriya sangat parlimen dibubarkan, walaupun mereka tahu perkara itu mustahil berlaku.
    1. Pemimpin yg dah terbayang berada dlm penjara.
    2. Pemimpin yg gila jawatan @ yg dah hilang punca pendapatan.

  3. Wartawan gazette cuba tulis lampirkan bahan bukti,fakta data terang lagi bersuluh,jgn main fakta tangkap muat shj,apo kata klu menteri2 berkenaan keluarkn waran saman mcmna?…nak terima nasib seprti percetakkn utusan mlayu tu ko,muflis bgitu nak tak?,,ada akai jadikn otai makan diri sendiri kut…bertaubatla….

Comments are closed.