Letupan api keluar daripada pesawat Philippine Airlines semasa berlepas dari Los Angeles. Foto Agensi

LOS ANGELES – Pesawat Philippine Airlines yang dalam penerbangan ke Manila mengalami masalah enjin selepas berlepas dari Los Angeles terpaksa membuat pendaratan cemas.

Semua 347 penumpang dan 18 anak kapal dalam pesawat Boeing 777 selamat.

Juruterbang terpaksa mengisytihar kecemasan selepas kegagalan enjin, menurut jurucakap syarikat itu.

Seorang saksi di Lapangan Terbang Los Angeles berkata, ‘letupan api’ keluar dari enjin pesawat.

Stesen televisyen ABC-7 di Los Angeles menayangkan video pesawat selepas berlepas yang menunjukkan api dan asap keluar dari enjin sebelah kanan.

GE Aviation, anak syarikat General Electric, yang menghasilkan enjin GE90 untuk pesawat 777 dua lorong itu berkata, ia menyedari insiden itu dan bekerja sama dengan syarikat penerbangan tersebut untuk menentukan punca kejadian. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.