TERKINI : Saya Belum Buat Keputusan “Lantik Anwar Ibrahim Dalam Kabinet” – Tun Mahathir

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad belum membuat keputusan samada mahu menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila merombak Kabinet tahun depan.

Perdana Menteri berkata: “I havent made a decision yet (Saya belum buat keputusan)”.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas samada Presiden PKR itu akan menyertai Kabinet semasa rombakan dilakukan sebelum November 2020.

Bagaimanapun Anwar yang duduk di sebelah Dr. Mahathir mencelah: “But I didn’t apply (Tetapi saya tidak memohon (jawatan Kabinet),”.