Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kedutaan Amerika Syarikat akan ditutup pada hari Khamis, 28 November, 2019, sempena Thanksgiving Day.

Thanksgiving Day disambut di Amerika Syarikat, sama seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali atau cuti perayaan lain di Malaysia.

Berikutan itu, semua perkhidmatan kedutaan termasuk wawancara visa, pemprosesan pasport Amerika, dan perkhidmatan notarial, akan disambung semula pada hari Jumaat, 29 November.

Nombor telefon kedutaan untuk kecemasan adalah 03- 2168-5000. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast