JASHIM UDDIN

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Jashim Uddin, pemegang pasport Bangladesh no: BC0377728 dan berumur 31 tahun.

Alamat terakhir beliau adalah di Zahid Store, No 44, Jalan Suasa 4, Pekan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.

Lelaki ini dikehendaki bagi perbicaraan di Mahkamah Sesyen Sepang berhubung satu kes pendakwaan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

 Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Nazan Yusof, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801338/1330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast