Tan Sri Ambrin Buang

KUALA LUMPUR –  Perbicaraan meminda laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan masuk hari ke-5 sebentar lagi di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.

Kes ini juga melibatkan bekas Ketua Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy kerana didakwa bersubahat dalam pindaan ini bersama-sama Najib.

Minggu lepas, saksi ke-6, bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang akan menyambung memberikan keterangan berkaitan sebentar lagi sekitar jam 9.30 pagi.

Khamis lepas, Ambrin mendedahkan bahawa beliau mengarahkan laporan akhir itu diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk mengelak kebocoran maklumat berlaku sekali lagi pada peringkat urusetia PAC.

Katanya, beliau memutuskan klasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 itu untuk mengelakkan laporan 1MDB disensasikan terlebih dahulu.

Ambrin mendedahkan lagi bagaimana Jabatan Audit Negara (JAN) menghadapi kesukaran mengakses maklumat yang diperlukan untuk tujuan pengauditan sehingga prosesnya terpaksa dilanjutkan sehingga setahun dari tempoh asal.

Pengauditan itu dijalankan bagi menentukan penyata kewangan 1MDB diaudit, di samping menilai prestasi kewangan dan aktiviti syarikat 1MDB sama ada menepati objektif asal penubuhannya atau tidak.

Jelas Ambrin, beliau juga telah mendedahkan bagaimana pihaknya menghantar surat rasmi kepada Arul Kanda bagi mengarahkan syarikat itu memberi kerjasama bagi membenarkan pasukan audit menyemak semua rekod dan dokumen termasuk data daripada sistem.

Dalam pada itu, saksi ke-4, Nor Salwani Muhammad, yang merupakan Pengarah JAN membuat pengakuan mengejutkan bahawa beliau secara rahsia merakamkan butiran mesyuarat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan dakwaan meminda laporan itu.

Salwani telah memasukan alat perakam audio ke dalam kotak pensel wakil JAN dalam mesyuarat itu, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, yang merupakan pegawai atasannya, tanpa pengetahuannya sejurus sebelum mesyuarat itu bermula.

Perakam tersebut kemudian di ambil kembali oleh Salwani tanpa pengetahun Saadatul Nafisah sebelum dibawa pulang ke JAN dan didengar kembali bersama-sama pegawai-pegawai yang terlibat dalam pindaan laporan audit tersebut.

Pada hari pertama prosiding, ketika ucapan pembukaan, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram antara lain berkata pihak pendakwaan akan membuktikan Najib melakukan perbuatan itu bagi mengelak pertuduhan sivil atau jenayah terhadap dirinya.

Ahli Parlimen Pekan itu ketika ini sedang berhadapan dengan didakwa pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Audit 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya manakala Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam melakukan kesalahan itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.

Perbicaraan bersambung sebentar lagi. –MalaysiaGazette

Pinda 1MDB: Ambrin nampak ‘fragile’ selepas mesyuarat

Pinda 1MDB: Salwani akui rakam mesyuarat audit secara rahsia