KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor yang memiliki bakat tidak dapat dinafikan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila menganggap dirinya bukan anak jati Indonesia.

Ditemu bual dalam program Televisyen Build Series, artis berusia 33 tahun itu mengaku dia ‘agak berbeza’ dengan orang lain di Indonesia kerana berdarah Jerman, Jepun dan China selain penganut Kristian.

“Jadi, saya rasa saya bukan orang Indonesia dan mereka hanya menerima kehadiran saya di sana,” katanya .

Namun Agnes menganggap ia merupakan keunikan pada dirinya.

“Ya, sudah tentu. Ia mengajar saya bagaimana untuk menerima kelemahan, perbezaan dan keanehan saya,” ujarnya.

Terdahulu Agnes hadir dalam program tersebut untuk mempromosikansingle terbaharunya berjudul Diamond.

Temu bual tersebut kemudian tular di laman sosial khususnya rakyat Indonesia yang mengganggap Agnes ‘seperti kacang lupakan kulit’

Agnes yang kini dikenali sebagai Agnes Mo muncul sebagai penyanyi apabila Singlenya Pernikahan Dini menjadi hit pada 2002 meskipun telah berkecimpung dalam industri seni sejak 1999.

Beliau kini semakin menempah nama di hollywood dengan penghasilan banyak lagu bertaraf antarabangsa.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast