Honda akan kekal sebagai pembekal enjin untuk Red Bull dalam F1 sehingga 2021

TOKYO- Honda akan kekal dalam Formula Satu (F1) sehingga tahun 2021 selepas menyambung kontrak setahun sebagai pembekal enjin kepada pasukan Red Bull.

Syarikat permotoran Jepun komited untuk terus menyokong sukan permotoran tersohor dunia itu ekoran perbincangan positif bersama lembaga pengarah Honda dan pengasas Red Bull Helmut Marko minggu lalu.

Syarikat berkenaan bagaimanapun masih berunding dengan Red Bull mengenai potensi kerjasama selepas tempoh setahun itu.

F1 sedang menuju ke era baharu pada 2021 selepas rundingan dalam peraturan baharu teknikal sedang dirangka FIA.

Sementara kontrak pasukan pelumba lain F1 bersama pembekal enjin kenderaan masing masing luput menjelang akhir 2020, hanya Red Bull mencapai rundingan untuk melanjutkan kerjasama bersama Honda.

Tiga pasukan gergasi F1 Ferrari dan Mercedes masih belum menyatakan komitmen rasmi untuk kekal dalam F1 selepas 2020.

Kesemua 20 pasukan F1 sedang dalam proses rundingan bersama F1 untuk membincangkan terma baharu pengkomersialan yang akan menyaksikan semakan semula dalam dana hadiah dan pendapatan konsisten setiap pasukan pada masa akan datang.-MalaysiaGazette