Unai Emery

LONDON – Arsenal memecat pengurusnya, Unai Emery selepas kelab itu menunjukkan prestasi yang buruk pada musim ini.

Emery yang mengambilalih tugas Arsene Wenger sebagai pengurus kelab Liga Perdana Inggeris itu 18 bulan lalu.

Kelab utara London itu tewas di tangan Eintracht Frankfurt 1-2 dalam saingan Liga Europa awal pagi tadi menyaksikan ia gagal meraih kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir.

Arsenal kini menghuni di tangga kelapan liga.

Arsenal memilih bekas pemain kelab itu, Freddie Ljungberg yang juga merupakan penolong Emery sebagai pengendali sementara,

Di bawah kendalian Emery pada musim pertama, Arsenal menduduki di tangga kelima liga dan mara ke final Liga Europa pada musim lalu, namun tewas kepada Chelsea pada perlawanan tersebut. – Agensi