SEOUL – Korea Utara berkata negara itu berjaya menjalankan ujian pelancar pelbagai roket super large dengan sistem tembakan berturut turut yang dilakukan di bawah pimpinan Kim Jong-un menerusi pelancaran dua peluru berpandu semalam.

Semalam, tentera Korea Selatan berkata, Korea Utara melancarkan dia peluru berpandu yang diandaikan pelancar pelbagai roket super large dari Yeonpo menghala ke Laut Timur.

Agensi berita Korea Utara berkata, Akademi Sains Pertahanan melakukan latihan untuk ‘memuktamadkan pemeriksaan kebolehgunaan pertempuran’ pelancar itu.

Kim melahirkan ‘kepuasan’ terhadap keputusan ujian itu.

Ujian tembakan ‘membuktikan kekuatan ketenteraan dan teknikal sistem persenjataan dan kebolehpercayaannya’, kata laporan tersebut.

Pemerintah tentera Korea Utara melahirkan kepuasan kepada pemimpin ‘yang nampak banyak senjata dan peralatan berpretasi tinggi dan memperkukuhkan teknikal Tentera Rakyat Korea’, katanya seperti dilapor agensi berita Yonhap.

Ujian yang dilakukan semalam merupakan ujian utama ke-13 Korea Utara pada tahun ini dan ujian keempat sistem pelancar roket super large, dengan andaian diameternya berukuran 600 milimeter. Korea Utara melakukan ujian senjata 24 Ogos, 10 September dan 31 Oktober lalu.

Ujian peluru berpandu baharu dilakukan dalam selang tempoh selama 30 saat dan ia terbang kira-kira 380 kilometer, dengan mencapai ketinggian maksimum 97 kilometer, menurut Ketua Staf Bersama (JCS).

JCS melahirkan ‘kekesalan’ terhadap pelancaran tersebut dengan berkata, ia tidak akan membantu usaha meredakan ketengangan di Semenanjung Korea.

Korea Utara meneruskan ujian persenjataan pada Mei lalu apabila tidak melakukannya dalam tempoh 18 bulan. Pada ujian sebelum ini, ia melancarkan peluru berpandu jarak dekat yang baharu, termasuk versi Iskander buatan Rusia dan versi peluru berpandu balistik yang dinaik taraf dari kapal selam, Pukguksong-3. – Agensi