Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) menyaksikan nyalaan pelita pada simbolik Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Parlimen Pandan hari ini.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata nilai-nilai murni perpaduan perlu sentiasa dipupuk dan jangan biarkan isu perkauman menjadi kanser atau barah yang akan memakan perpaduan masyarakat.

Katanya rakyat di negara ini telah berkongsi kemakmuran bersama, serta mengamalkan kesaksamaan dan keterbukaan, dalam meneruskan arus pembangunan negara.

“Kita kongsi kemakmuran, supaya tiada sesiapa yang tertinggal dalam arus pembangunan negara.

“Kita boleh hidup bersama, tidak perlu katakan Melayu, Cina atau India, kita semua rakyat Malaysia. Ini penting dan perlu diteruskan…inilah masa depan kita bersama,” katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Deepavali peringkat Parlimen Pandan, yang dihadiri kira-kira 500 penduduk pelbagai kaum sekitar Pandan Indah.

Dr Wan Azizah yang merupakan Ahli Parlimen Pandan berkata, jika ada jurang dan perbezaan, ia perlu segera diperbetulkan agar setiap rakyat dapat merasai kemakmuran bersama dan meneruskan pembangunan negara.

Katanya rakyat juga perlu mengamalkan sikap toleransi dan menerima perbezaan antara kaum dan agama serta mengutamakan muhibbah dan perpaduan.- BERNAMA

1 Komen

  1. Herannya, Wang Jijah, boleh pula laki ko tu jadi kanser dlm kesejahteraan ekonomi dan politik M’sia hingga rejim diktator komunis-teroris dapat merebut kuasa dan membawa kesusahan besar kpd rakyat jelata. Ko dan laki ko dapat ehem ehem banyak dana bolehlah tak peduli keadaan kos hidup yg semakin meningkat mendadak, tetapi rakyat jelata yg terpedaya dan termakan janji2 palsu serta fitnah yg ko dan geng2 ko taburka itu mcm mana? Nak biarkan kanser bawaan laki ko tu terus membuat rakyat merana? Ada akai ka?

Comments are closed.