KAJANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu yang menghadiri perhimpunan bekas kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) mengakui penglibatan keluarga beliau seperti datuk dan abangnya dalam PKM sebelum ini.

Bagaimanapun, kepimpinan tertinggi DAP khuatir dengan kehadiran beliau dan tidak mahu sesiapa salah tafsir tentang kehadirannya pada perjumpaan yang berlangsung sehari sebelum ulangtahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

Portal Malaysiakini yang melaporkan tentang perhimpunan itu yang berlangsung di Kajang hari ini dengan kehadiran hampir 300 orang itu turut disertai pemimpin veteran seperti bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dan pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar.

Rata-rata yang hadir adalah mereka dalam kalangan veteran serta sudah berusia dilaporkan begitu bersemangat menghadiri perjumpaan tersebut.

Ronnie ketika berucap mendedahkan beliau hadir ke perjumpaan itu atas kapasiti peribadi untuk memperingati penglibatan datuknya bagi membebaskan Malaya daripada British selepas berjaya menghalau Jepun keluar daripada negara ini.

Dedah Ronnie, datuknya kemudian dibuang negara ke China selepas ditangkap.

“Saya bimbang ucapan saya hari ini akan menyebabkan saya dianggap sebagai komunis atau bersimpati kepada pergerakan ini. Saya hanya rasa terpanggil untuk bercakap di sini sahaja,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu

Selain Ronnie, antara yang berucap adalah salah seorang bekas anggota PKM, Tan Yi Yu yang menyifatkan perjumpaan itu bukan sahaja untuk mengingati sejarah mereka tetapi juga untuk membetulkan salah faham terhadap perjuangan mereka.

Pastinya perhimpunan ini akan menggamit tarikan masyarakat umum apatah lagi sejak beberapa hari lepas kecoh dengan berita abu mayat bekas ketua Komunis, Chin Peng kembali ke Malaysia.

Media melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah dibawa masuk ke Malaysia pada 16 September lalu dan ditabur ke laut berhampiran Lumut, Perak dan di hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.

Abu mayat bekas pemimpin PKM itu dilaporkan dibawa ke Ipoh, Perak pada 16 September lalu dan satu majlis peringatan dihadiri 150 individu diadakan pada hari sama.

Chin Peng, yang lahir di Sitiawan, Perak meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada tahun 2013 ketika berusia 89 tahun.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak pernah membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu mana-mana terus memperbesarkan isu abu mayat Chin Peng sehingga tercetusnya isu tidak diingini selepas ini. –MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Chin Peng bukan warga negara Malaysia…surat beranak pun dia tak ada.Tun M sendiri yg sahkn yg Chin Peng tak pernah minta utk menjadi warga Malaysia. jadi macam mana MK asyik berulang kali mengatakan yg Chin Peng lahir di Setiwan Perak..kalau tak spin bukan lah MK

  2. Tan Yi Yu tidak perlu lah utk memperbetulkan ‘salah faham’ mengenai perjuangan kominis (PKM). Walau apapun alasan yg di berikan rakyat umum tidak akn dpt menerimanya krn terlalu ramai org2 yg tidak berdosa telah di zalimi, selain drp anggota pasukan keselamatan. Ini akn ‘mengimbau kembali’ ingatan para waris mereka mengenai perbuatan kejam n zalim anggota PKM. Biarlah ianya menjadi tinggalan sejarah. Hari ini masih ramai lg mereka yg pernah di zalimi oleh kominis yg ‘cacat’ anggota mereka masih hidup. Tidak ada apa yg perlu dibanggakan dgn kekejaman n kezaliman kominis (PKM) ini, bahkan menebal rasa meluat n benci.Jika anda jujur sayangkan negara ini, biarlah yg berlalu itu terus berlalu, biarlah keharmonian n keamanan terus subur.

    • Salah faham apa? Pengganas-pengganas komunis mengganas dan membunuh rakyat Malaysia sehingga lewat 80-an sedangkan negara kita merdeka pada tahun 1957.

      Pengganas komunis menentang siapa dari tahun 1957 hingga 1989? Penjajah British dan Jepun kah?

  3. Betul … Perlu ke hebohkan Dan buat sidang media mengenai kepulangan abu mayat kepala komunis tu ke Malaysia serta diikuti majlis memperingati perjanjian damai hat yai.. klu bukan ada agenda tersembunyi.. Saya nak dgr apa Komen tun m serta bekas ketua polis negara Rahim kerana dalam ucapan dlm majlis tu ada menyatakan mereka perjuang negara.. tula org bagi betis nak peha..

  4. Walau apa pun isunya, DAP tetap ada fahaman kominis, tetapi sesetengah orang Melayu masih lagi menjadi penyokong setia.
    Didalam hal ini penyokong DAP Melayu adalah talibarut yang sebenar.

  5. Madey… madey..betullah seperti yg hang selalu sebut…. Melayu mudah lupa…terbukti hang lah Melayu yg mudah lupa..

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.