DCIM100MEDIADJI_0087.JPG

KUALA LUMPUR – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) mengumumkan perlantikan Faisal Ismail dan Saleha M. Ramly sebagai Pengarah Bukan Eksekutif berkuatkuasa 1 Disember 2019.

Faisal mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman kerja dan pendedahan di peringkat antarabangsa dalam lembaga pengarah dan pengurusan atasan, juga berpengalaman luas dalam bidang penggabungan dan pengambilalihan, korporat, kewangan, perancangan cukai, perundingan, transformasi dan sumber manusia.

Faisal Ismail

Pengalaman beliau meliputi pelbagai industri termasuk perhotelan, pelaburan, pembangunan hartanah, penjagaan kesihatan, pembinaan, pembaikan kapal, perbankan, tenaga dan pendidikan.

Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif di Landmarks Berhad, Pengarah Eksekutif di
Binafikir Sdn Bhd, pengarah bahagian pelaburan di Khazanah Nasional Berhad dan juga Pengarah Urusan kumpulan Pantai Holdings Berhad.

Faisal adalah ahli bersekutu Institute of Chartered Accountants di England & Wales dan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA).

Beliau juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif J.P. Morgan Chase Bank Berhad sejak tahun 2011.

Saleha M. Ramly

Manakala Saleha memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya sebelum melangkah ke sektor swasta, pernah memegang pelbagai jawatan dalam bahagian undang-undang dan/atau kesetiausahaan di beberapa syarikat.

Beliau pernah berkhidmat di Sime UEP Properties Berhad, Sime Darby Berhad, Landmarks Berhad dan Country Heights Holdings Berhad. – MalaysiaGazette