Hassan Rouhani. foto Agensi

DUBAI – Presiden Iran, Hassan Rouhani mengarahkan pembebasan individu-individu tidak bersenjata yang ditahan kerana melakukan protes kenaikan harga gas selepas pertempuran ganas selama dua minggu.

Rusuhan bermula pada 15 November selepas kerajaan tiba-tiba menaikkan harga minyak sebanyak 300%, merebak lebih daripada 100 bandar dan pinggir bandar dan bertukar pertikaian politik sebagai penunjuk perasaan menuntut pemimpin meletakkan jawatan.

“Orang-orang yang tidak bersalah membantah kenaikan harga petrol dan tidak bersenjata … harus dibebaskan,” kata Rouhani dalam ucapan televisyen.

Iran sebelum ini mendakwa ‘samseng-samseng’ yang dikaitkan dengan pesaingnya dan musuh utama Tehran – Amerika Syarikat, Israel dan Arab Saudi sebagai dalang dalam tunjuk perasaan itu.

Sehingga kini Tehran tidak mendedahkan jumlah kematian akibat pertempuran tersebut tetapi Amnesty International berkata, sekurang-kurang 208 penunjuk perasaan maut.

Pembuat undang-undang pula berkata, kira-kira 7,000 penunjuk perasaan telah ditahan. – MalaysiaGazette