TERKINI : Blok Pembangkang Jangan Mainkan Isu Sensitif Agama – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan semua Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang dan kerajaan Pakatan Harapan supaya mematuhi tata etika sebagai wakil rakyat ketika berdepan isu sensitif termasuk agama.

Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional itu berkata, beliau amat prihatin berhubung sebarang isu sensitif yang melibatkan agama.

Katanya, kenyataan Datuk Ahmad Tajuddin Abdul Rahman yang mengaitkan abu suci di dahi Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer dengan abu mayat Chin Peng hanyalah mewakili pandangan peribadi Ahli Parlimen Pasir Salak itu sahaja.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast