Datuk Seri Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) berhadapan masalah besar jika Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengemudi UMNO dan Barisan Nasional serta Muafakat Nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr. Mohd .Yusri Ibrahim berkata, jangkaan itu dibuat selepas meneliti dengan tekun personaliti kepemimpinan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 sehingga tamat ucapan penangguhan beliau hari ini.

“Saya boleh rumuskan, andai sosok ini memimpin UMNO, mengemudi BN/Muafakat Nasional serta dinamakan sebagai bakal PM menjelang PRU15 nanti, PH akan berhadapan dengan masalah besar.

“Namun di sebalik karakter unggul tersebut, perlu diakui bahawa Tok Mat bukanlah dalam kalangan warlord berpengaruh UMNO sekarang ini, peluangnya tidak menentu,” katanya dalam hantaran di laman Facebook Ilham Centre hari ini.

Tambah Mohd. Yusri, bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu mungkin menghadapi laluan sukar kerana di dalam parti tersebut terdapat tiga ‘warlord’ UMNO iaitu Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Ketiga-tiga sosok ini mempunyai pengaruh paling kuat di peringkat akar umbi UMNO, khususnya di bahagian-bahagian parti itu.

“Walaupun mempunyai pengaruh kuat dalam parti, namun jika mana-mana antara tiga personel ini memimpin UMNO, mengemudi BN/Muafakat Nasional dan dinamakan sebagai bakal PM menjelang PRU15, PH akan tersenyum lebar, memudahkan tugas mereka,” ujarnya.

Katanya, Untuk menghadapi sosok Anwar Ibrahim di pihak PH, adu terbaik UMNO dan BN/Muafakat Nasional adalah Tok Mat, ADUN Rantau ini.

“Tidak perlu bersetuju dengan prediksi ini, namun boleh disimpan untuk rujukan kemudian nanti. Seperti yang sering saya catatkan, ‘let success make the noise’,” katanya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Andainya saya mempunyai berjuta2 tubuh yg sama,sy pasti setuju bahwa beliaulah yg paling layak menjadi galas utama negara, pemimpin yg baik bknnya perlu bercakap berapi2 tp pd kandungan isinya, malah sikap beliau yg bersifat selamba dan tenang bnr2 memaparkan bahwa beliau adalah pemimpin sejati dan perkara ni tdk bolih direka cipta.

    • Setuju dgn anda. Dan setuju dgn artikel.

      Ketepikan 3 yg lain. Kesemuanya liabiliti. Kedepankan Tok Mat, insya’Allah berjaya…

  2. Amat setuju pendapat anda, jika tok mat pimpin bn, ph pening kepala, tp jika zahid @ najib @ hishamudin ph senyum lebar. Sebaiknya masa ini pun tok mat dh pimpin umno-bn.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.