NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 34 prang terbunuh dalam kebakaran besar di sebuah bangunan yang terletak di pasar bijian di New Delhi, kata seorang doktor hospital kerajaan.

Dr. Kishore Singh berkata, pasukan penyelamat telah membawa mangsa ke hospital. Seramai 15 mangsa menerima rawatan kerana melecur dan menyedut asap. Mereka berada dalam keadaan stabil, kata Kishore Singh yang dipetik agensi berita, AP.

Siasatan masih dijalankan untuk mencari punca kebakaran.

Ketua Bomba, Atul Garg berkata, kebakaran berjaya dipadamkan dan operasi menyelamat telah selesai.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 5.30 pagi waktu tempatan itu seramai 56 orang telah dipindahkan daripada kawasan tersebut. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast