KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menempelak Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil kerana sering membangkitkan perihal beliau tidak hadir mesyuarat Biro Politik parti itu.

Menurut Zuraida, beliau adalah orang yang paling taat dan punctual menghadiri mesyuarat PKR sejak 20 tahun lalu sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Presiden parti.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berucap pada Majlis Makan Malam Wawsan Kemakmuran Bersama di Hotel Rennaisance di sini.- MalaysiaGazette