[contact-form][contact-field label=”Name” type=”name” required=”true” /][contact-field label=”Email” type=”email” required=”true” /][contact-field label=”Website” type=”url” /][contact-field label=”Message” type=”textarea” /][/contact-form]

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak (FAS) mengumumkan kehadiran seorang lagi pemain daripada PKNS FC iaitu Taufiq Ar Rasyid Johar.

Penjaga gol berusia 23 tahun itu merupakan produk bola sepak kelab itu yang turut beraksi untuk pasukan Belia dan Piala Presiden skuad The Red Ants.

Mempunyai ketinggian 1.86 meter, kehadiran Taufiq dijangka akan mencabar kedudukan Khairul Azhan dan Farizal Harun untuk merebut tempat di dalam skuad kendalian B. Satiananthan.

Taufiq sebelum ini memainkan peranan sebagai penjaga gol kedua di belakang Zarif Irfan ketika bersama PKNS FC pada musim lalu.

Pads musim lalu, Taufiq beraksi dalam dua perlawanan, iaitu ketika tewas 2-1 kepada JDT di Larkin dan tampil sebagai pemain gantian kepada Zarif ketika tewas 2-3 kepada Selangor di Shah Alam dalam saingan Liga Super.

Sebelum ini FAS mengumumkan tiga pemain baharu iaitu penyerang, Nor Hakim Hassan; pemain tengah, Brendan Gan; dan pemain pertahanan, Rodney Celvin.

Nor Hakim dan Brendan sebelum ini beraksi bersama Perak manakala Rodney adalah pemain PKNS FC pada musim lalu. – MalaysiaGazette