KUALA LUMPUR – Presiden Republik Turki, Recep Tayyip Erdoğan mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ucapan takziah itu kerana ayah kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meninggal dunia.

“Presiden Republik Turki Recep Tayyip Erdoğan menelefon saya dan Azizah seusai majlis tahlil pada malam ini untuk mengucapkan takziah bagi pihak kerajaan dan rakyat Turki,” kata Anwar dalam media sosialnya malam ini.

Menurut Anwar, Duta Besar Turki ke Malaysia Dr Merve Kavakci turut hadir pada majlis tahlil arwah malam ini.

Allahyarham Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmud selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang kira-kira pukul 11.15 pagi ini.

Allahyarham berusia 93 tahun meninggal dunia di kediamannya di Taman Nirwana, Ampang pada pukul 2.30 pagi ini kerana sakit tua.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Allahyarham Dr Wan Ismail Wan Mahmud selamat dikebumikan