Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, beliau sentiasa mengingatkan dirinya untuk bersabar dalam apa jua keadaan.

Katanya, politik itu rencam yang memberi pelbagai pengalaman.

“Saya terimanya sebagai pengalaman biasa dalam dunia politikā€¬,” kata beliau yang mengulas kenyataan Zuraida Kamaruddin yang menyifatkannya sebagai budak hingusan.

Dalam Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dianjurkan pada malam Ahad lalu, Naib Presiden PKR itu telah mengecam Fahmi kerana tindakannya yang mempersoalkan ketidakkehadiran Zuraida selama setahun dalam mesyuarat parti.

Zuraida berkata, beliau adalah individu yang paling taat datang mesyuarat parti itu.

Malah, beliau adalah individu yang paling ‘punctual’ datang mesyuarat – tetapi sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Presiden PRK.

“Janganlah Fahm Fadzil budak hingus nak tanya saya tak datang mesyuarat.

“20 tahun aku datang mesyuarat,” kata Zuraida. – MalaysiaGazette