Syarul Ema Rena Abu Samah atau Ratu Naga

KUALA LUMPUR – Tindakan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar yang berkata kenyataan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin adalah jelik boleh disifatkan sebagai mencampak minyak petrol pada api yang sedang marak.

Menurut Ketua Penerangan Wanita PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah berkata Shamsul sebenarnya gagal untuk mengawal untuk memastikan perjalanan kongres AMK berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

“Shamsul Iskandar telah ditugaskan untuk memastikan perjalanan mesyuarat dalam keadaan teratur dan seperti yang persetujui oleh kedua-dua belah pihak, dimana pengerusi tetap lama akan mengurus aturan mesyuarat dan buat pemilihan baru seperti aturan biasa mengikut perlembagaan.

“Kalau nak tahu, Itulah tugas yang diberi kepada Shamshul Iskandar dan berikutan apa yang terjadi pada kongres AMK lepas menunjukkan Shamsul Iskandar gagal menjalankan tugas dengan baik dan menjadi salah satu punca kenapa berlaku kejadian huru hara pada kongres AMK yang lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syarul Ema Rena atau Ratu Naga berkata demikian mengulas mengenai Shamsul yang menggelar perbuatan Zuraida membongkar banyak perkara antara beliau dengan Anwar dalam pertemuannya jelik dan tidak bertanggungjawab.

Shamsul membuat kenyataan itu setelah Zuraida dalam ucapan sempena Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 malam Ahad lalu mendedahkan mengenai perbualannya bersama Anwar dalam satu pertemuan beberapa bulan lalu.

Ratu Naga juga berkata Shamsul tidak layak untuk menegur Zuraida jika tanggungjawab yang kecil ini pun dia tak mampu nak pikul.

“Dia sepatutnya cermin dulu diri sendiri sebelum nak mengkritik orang lain. Kita bukan sedang dalam pertandingan siapa paling pandai mengarang kenyataan untuk mengapu dan jadi batu api.

“Apa kita mahukan adalah kenyataan dari Presiden menggunakan kebijaksanaan beliau untuk selesaikan isu yang sedang kian panas ketika ni,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kenyataan Zuraida jelik

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.