Takumi Minamino menjadi buruan Liverpool pada Januari 2020.

LONDON – Liverpool merancang untuk membeli bintang sayap Red Bull Salzburg, Takumi Minamino apabila jendera perpindahan musim sejuk dibuka Januari 2020.

Minamino yang mempunyai klausa pelepasan berjumlah £7.25 juta dianggap sesuai untuk direkrut ke dalam pasukan the Reds.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu tidak mahu mengambil sikap sambil lewa kerana khuatir hasrat mendapatkan khidmat pemain itu akan gagal kerana terdapat kemungkinan nilai pemain itu akan berlipat kali ganda.

Pemain berusia 24 tahun itu telah beraksi dalam kedua-dua pertemuan di halaman sendiri dan di Anfield ketika menentang the Kops dalam Liga Juara Juara Eropah peringkat kumpulan.

Memandangkan pemain antarabangsa Jepun itu menarik minat kelab-kelab elit Eropah, Liverpool tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan pemain  Asia itu.

Minamino telah menjaringkan sembilan gol dalam 22 penampilan bersama Salzburg musim ini.

Salah satu gol yang dijaringkan adalah di Anfield pada Oktober lalu semasa pasukannya tewas 3-4 kepda skuad bimbingan Jurgen Klopp. – MalaysiaGazette