MIT

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kebangsaan Pelaburan (NCI) meluluskan empat lagi projek dalam sektor perkilangan bernilai RM5.4 bilion pada 12 Disember 2019.

Projek itu di Sabah, Johor, Selangor dan Pulau Pinang, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Salah satu projek yang diluluskan ialah pelaburan bernilai RM2 bilion oleh pengilang kaca multinasional untuk menghasilkan kaca terapung dan kaca berfungsi fotovoltaik di Taman Industri, Kota Kinabalu.

Pelaburan ini dijangka mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan, yang mana 80% akan menggunakan warga tempatan.

Untuk sembilan bulan pertama 2019, Malaysia merekodkan pelaburan bernilai RM149 bilion dalam perkhidmatan,
perkilangan dan sektor utama, meningkat 4.4% berbanding RM142.6 bilion yang diluluskan dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Menurutnya, pelaburan ini melibatkan 4,025 projek dan akan mewujudkan tambahan 93,841 peluang pekerjaan.

Tambah MITI, pelaburan global yang diluluskan menyaksikan peningkatan sebanyak 185.7% dalam tempoh tersebut.
“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memperoleh 126 projek yang mencadangkan menjadikan Malaysia sebagai Hab Utama, pejabat serantau atau pejabat perwakilan.

Aktiviti-aktiviti ini dijangka mewujudkan peluang pekerjaan untuk 884 pekerja mahir yang berpengetahuan atau sangat teknikal.

“Projek-projek ini juga akan meletakkan Malaysia pada kursus integrasi yang lebih besar ke dalam rangkaian bekalan global,” kata Darell yang mengetuai NCI bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.-MalaysiaGazette