Nor Shamsiah Mohd Yunus.

KUALA LUMPUR – Majlis Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) melantik Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, Gabenor Bank Negara Malaysia sebagai Pengerusi IFSB yang baharu.

Manakala Mubarak Rashed Khamis Al Mansoori, Gabenor Bank Pusat Emiriah Arab Bersatu pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Nor Shamsiah akan mengambil alih pengerusi IFSB daripada Fazle Kaber, Gabenor Bank Bangladesh, kata IFSB dalam satu kenyataan di sini.

Pelantikan baru akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.

Pelantikan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis IFSB kali ke-35 yang diadakan pada 11 Disember lalu oleh Bank Bangladesh.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Fazle Kabir dan Pengerusi IFSB untuk tahun 2019, yang dihadiri oleh gabenor-gabenor, timbalan-timbalan gabenor, ketua-ketua badan pengawasan dan pengawasan, wakil kanan dalam kalangan dewan dan anggota p IFSB, yang mewakili 18 negara. – MalaysiaGazette