PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

LABUAN – Seorang pelajar universiti awam kerugian RM43,470 dipercayai ditipu sindiket Macau Scam, baru-baru ini.

Ketua Polis Labuan, Muhamad Farid Ahmad berkata, pelajar wanita berusia 22 tahun itu dihubungi seseorang yang tidak dikenali mendakwa dirinya anggota polis pada 7 Disember lepas.

Beliau berkata, ‘anggota polis’ itu menyatakan bahawa talian telefon mangsa telah lama digunakan untuk perjudian haram dan aktiviti pengubahan wang haram.

“Suspek mengugut mangsa sekiranya dia tidak mahu pihak berkuasa mengambil sebarang tindakan terhadapnya, mangsa perlu membayar sejumlah wang.

“Risau dengan keadaan itu, mangsa segera melakukan transaksi wang melalui mesin ATM ke dalam empat akaun berjumlah RM43,470 pada 10 pagi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Kira-kira seminggu sebelum kes itu, seorang lelaki berusia 21 tahun turut ditipu satu sindiket skim pinjaman sehingga kehilangan wang simpanannya berjumlah RM12,740 pada 5.27 petang 2 Dis lepas.

Mangsa telah memindahkan wang ke dalam akaun bank yang disediakan sindiket itu yang mendakwa akan memberi pinjaman sebanyak RM30,000 kepada mangsa.

Muhamad Farid berkata, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda. – Bernama

1 Komen

Comments are closed.