Perhimpunan bekas anggota Parti Komunis Malaya di Kajang semalam.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah mengenal pasti tiga daripada sembilan pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang hadir Majlis Peringatan Perjanjian Damai Hatyai Anjuran Parti Komunis Malaya di Kajang pada 1 Disember 2019 lalu.

Menurutnya, JPPM telah mengeluarkan notis supaya ahli jawatankuasa pertubuhan tersebut hadir ke jabatan untuk memberi keterangan berkaitan penglibatan pertubuhan dalam majlis peringatan tersebut.

Katanya, enam agi pertubuhan yang turut dikenal pasti terlibat dalam majlis peringatan tersebut adalah pertubuhan yang tidak berdaftar dan disifatkan sebagai “Pertubuhan Yang Menyalahi Undang-Undang” di bawah Seksyen 41(1)(b), Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan di bawah Seksyen 43 Akta yang sama.

Artikel berkaitan: Himpunan bekas anggota PKM sebar semula ideologi komunis

Lapan NGO mahu agenda himpunan bekas anggota komunis, Ronnie Liu disiasat

Ronnie Liu akui datuk dan abangnya pejuang komunis

Akta itu menyatakan bahawa mana-mana orang yang didapati menjadi anggota sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan yang sekiranya disabitkan boleh dijatuhkan hukuman penjara.

JPPM mengingatkan setiap pertubuhan berdaftar hendaklah menjalankan aktiviti dan urusan-urusannya mengikut peruntukan perlembagaan berdaftarnya serta Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.