Pemain pasukan Malaysia, Matthew Davies (kiri) menanduk bola keluar sambil dikasari pemain UAE, Ali Saleh Amro pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia AFC 2023 antara pasukan Malaysia menentang pasukan UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 10 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Pemain berdarah kacukan Australia dan Malaysia, Matthew Davies sah kekal bersama pasukan Pahang FA bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim depan.

Berita itu disahkan oleh pemain pertahanan kanan itu melalui muat naik ringkas di Insta Story di Instagram miliknya.

“Hanya untuk mengesahkan sekali lagi. Saya akan kekal bersama Pahang untuk musim 2020,” ujar beliau.

“Saya sudah tiba di Kuantan dan sudah tidak sabar untuk bermula (latihan dan musim baharu,” tulisnya.

Sebelum ini masa depan bek kanan negara ini bersama Pahang menjadi tanda tanya spekulasi penyokong di media sosial.

Malah dia turut dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa buah pasukan lain di Liga Malaysia seperti Terengganu FC sebelum ini.

Selain Davies, status Dollah Salleh sebagai pengendali skuad Tok Gajah turut masih menjadi tanda tanya kerana kelibatnya belum kelihatan sepanjang latihan musim baharu ketika pasukan lain sedang rancak melakukan persiapan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast