Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih tidak dapat mencari kesalahan atau rasuah dalam dua projek saluran paip yang dibatalkan oleh pada bulan Jun tahun lalu sejurus selepas memenangi pilihan raya.

Projek itu sebelum ini didakwa oleh Lim Guan Eng adalah skandal rasuah RM9.4 bilion oleh kerajaan Barisan Nasional kerana mendakwa wang rakyat sudah digunakan untuk membayar 88% dari kos projek walaupun hanya 13% projek siap.

Malah, Guan memaklumkan akan melawat ke China untuk menyiasat skandal ini.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, PH juga tidak mahu membuat Suruhanjaya Siasatan Diraja atau disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mencari bukti atau pun berani mendedahkan perjanjian projek itu untuk menunjukkan garis masa projek serta jadual bayaran projek.

Najib sekali lagi menjelaskan bahawa kedua-dua projek saluran paip ini adalah saluran paip pertama ialah Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) untuk menghubungkan Pengerang dengan rangkaian saluran paip nasional di Melaka.

Tujuan utama MPP ini ialah untuk menyalurkan petrol dan diesel yang ditapis di projek Pengerang boleh disalurkan terus ke seluruh Semenanjung demi mengurangkan kos pengangkutan petrol dan diesel dan mengurangkan penggunaan lori minyak di lebuh raya utama.

Tambahnya, projek kedua ialah Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) untuk menyalurkan gas dari kawasan pengeluaran gas ke pantai timur Sabah untuk penjanaan elektrik bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan tenaga elektrik di sana.

Kedua-dua projek saluran paip MPP/TSGP dianugerahkan kepada China Petroleum Pipeline Engineering (CPP), sebuah unit di bawah syarikat gergasi petroliam milik negara China iaitu China National Petroleum Corp (CNPC).

Najib berkata, kos kedua-dua projek saluran paip MPP/TSGP tidak pernah dituduh lebih tinggi dari harga pasaran sebelum ini dan tempoh pembinaan dua-dua projek dalam kontrak adalah 3 tahun.

“Perjanjian untuk kedua-dua projek ini ditandatangan pada bulan November 2016 dan projek hanya dilancarkan pembinaannya pada bulan April 2017 tetapi dihentikan oleh kerajaan PH pada bulan Mei 2018.

“Projek saluran paip bukan seperti projek pembinaan lebuhraya atau jambatan. Bahagian besar kos projek saluran paip ialah kos pembuatan paip besar dengan penyalut kalis karat. Paip dibuat di kilang mereka sebelum mula dipasang. (Guan Eng ada periksa kilang jika tiada paip dibuat?)

“Kerja memasang paip adalah jauh lagi pantas berbanding membina lebuh raya atau jalan,” ujar Najib sambil menambah bahawa hampir 85% dari wang yang telah dibayar untuk projek ini adalah dari pinjaman faedah rendah dari bank kerajaan China.

Erti kata lain, kerajaan China yang membayar syarikat kerajaan China. Bukan bayaran dari wang rakyat. Kos TSGP yang panjangnya 500 kilometer adalah RM4.06 billion.

“Bandingkannya dengan kos projek saluran paip Sabah-Sarawak Gas Pipeline (SSGP) yang panjangnya 500 km yang sebelum ini selesai dibina dari tahun 2011 hingga 2014 dengan harga RM4.6 bilion,” katanya.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, Guan Eng telah mengesahkan bahawa segala bayaran projek ini adalah kepada syarikat CPP dan CNPC bukan kepada pihak ketiga.

CPP dan CNPC pula mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan bahawa bayaran yang diterima mereka tidak dibayar kepada pihak lain atau untuk membayar hutang 1MDB.

Tambah Najib, kalau hendak gelar projek ini adalah skandal atau rasuah, kos projek itu lebih tinggi berbanding harga pasaran, projek mega itu diberi kepada projek kecil yang tiada pengalaman (seperti projek terowong ajaib), bayaran projek kepada pihak lain, projek tidak disiapkan pada masa yang ditetapkan dan projek-projek ini tidak memberi manfaat kepada negara.

Bagaimanapun, kata Najib, PH tidak pernah membuat tuduhan begini.

Namun, katanya, projek dibatalkan dengan alasan skandal atau rasuah yang tidak dapat dibuktikan selepas 18 bulan menyiasat.

Lagi parah apabila PH tidak mengeluarkan sebarang analisa kos dan faedah kepada negara kepada orang ramai supaya keuntungan atau kerugian akibat pembatalan itu diketahui.

“Dengan itu, di manakah skandal yang PH tuduh?,” soal Najib. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hancur anjing ph. Terutama dapig laknatullah… Yg perjahat sebenar adalah dapig laknatullah.. Itu lh pjahat yg sebenarnya… Hancur dap hancur dapig laknatullah.

Comments are closed.