Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan atlet negeri itu yang menyumbangkan sebahagian besar pingat kepada negara dalam kejohanan Sukan SEA 2019 baru-baru ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin berharap kejayaan pada temasya dwitahunan yang berlangsung di Filipina itu akan terus menjadi inspirasi kepada para pegawai, atlet serta Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor.

Beliau berkata, baginda turut mengharapkan semua pihak terlibat akan terus berusaha gigih bagi mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang untuk kemajuan sukan dan mengharumkan nama negeri Selangor.

“Sultan Sharafuddin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menzahirkan rasa sukacita dan tahniah kepada atlet dan pegawai yang terlibat terutamanya atlet yang meraih pingat pada temasya sukan itu.
Iklan

“Walaupun pencapaian pada Sukan SEA ke-30 itu antara pencapaian terburuk negara, namun baginda berasa bangga kerana atlet Selangor menyumbang sebahagian besar pingat iaitu 26 pingat emas, 12 perak dan 17 gangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Justeru kata Mohamad Munir, Sultan Sharafuddin menggesa MSN, Majlis Sukan Negara atau persatuan sukan supaya menyelesaikan sebarang pertikaian dan masalah yang wujud dengan cara baik pada kadar segera. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.