Antara struktur kukuh yang masih berada di kawasan serangan bom atom di Hiroshima. foto Agensi

TOKYO – Bandar raya Hiroshima merancang untuk merobohkan dua bangunan yang terselamat daripada dimusnahkan oleh bom atom pada tahun1945.

Tetapi sesetengah penduduk tempatan mahu kerajaan Jepun memelihara bangunan berkenaan.

Dua blok – yang dibina pada tahun 1913 – mula-mula digunakan sebagai kilang pakaian tentera, dan kemudian dijadikan penginapan pelajar universiti.

Ia juga digunakan sebagai hospital sementara selepas tragedi dibom.

“Bangunan ini masih boleh digunakan sebagai kemudahan untuk mempromosikan penghapusan senjata nuklear,” kata salah seorang mangsa yang selamat.

Sekitar 80,000 orang terbunuh akibat dibom dan 35,000 lagi cedera.

Serangan memusnahkan bandar raya itu dan pada tahun lepas hanya 85 bangunan yang dibina sebelum bom kekal dalam jarak lima kilometer dari lokasi serangan bom atom.

Blok terselamat, sekurang-kurangnya sebahagiannya kerana ia diperbuat daripada konkrit bertetulang (dengan permukaan bata merah).

Beberapa kerosakan bom pada tingkap dan pintu logam masih kelihatan.

Pada tahun 2017, pihak berkuasa mendapati struktur – kini milik awam – berkemungkinan besar runtuh dalam gempa bumi yang kuat.

Bangunan-bangunan ini tidak digunakan, tidak dibuka kepada orang awam dan kerajaan tempatan memutuskan ia sepatutnya dimusnahkan pada tahun 2022.

Bangunan ketiga di tapak itu akan dipelihara dengan dinding dan bumbungnya akan diperbaiki dan diperkukuhkan untuk melindunginya daripada gempa bumi. – MalaysiaGazette