Levi sebanyak RM10,000 setahun itu berganda-ganda lebih mahal berbanding kadar cukai kepala tertinggi semasa iaitu RM1,850. - foto hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen sedang melaksanakan ujian perintis bagi projek autocropping untuk permohonan pasport secara dalam talian.

Sepanjang proses itu, permohonan online untuk pejabat kutipan di Menara Ikhlas, Putrajaya akan ditutup sementara untuk orang awam selama lima hari sehingga Jumaat ini, kata jabatan itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, permohonan itu untuk pejabat kutipan di menara tersebut akan ditutup sementara di antara jam 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi bermula pada 16 hingga 20 Disember 2019 (Isnin –Jumaat).

Sepanjang tempoh itu, aktiviti penyelenggaraan aplikasi akan dijalankan.

Dalam waktu tersebut, permohonan online sedang dalam pengujian di Pejabat Menara Ikhlas.

Ujian itu bersifat sementara dan segala kesulitan adalah amat dikesali.-MalaysiaGazette