Arsene Wenger meninggalkan Arsenal
Mikel Arteta pilihan utama Arsenal menggantikan Arsene Wenger di Emirates Stadium.

LONDON – Arsenal sedang mengadakan rundingan bersama Manchester City mengenai kesediaan jurulatihnya Mikel Arteta untuk mengisi jawatan pengurus.

Skuad the Gunners dalam proses untuk mencari pengurus kelab selepas Unai Emert dipecat pada November lalu.

Lembaga Pengurusan Arsenal mempertimbangkan untuk meminang Mikel bagi mengisi kekosongan itu.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan sama ada Arteta, 37, telah ditawarkan peluang untuk meneruskan kegemilangan Unai Emery di Stadium Emirates.

Arteta telah menyerlah di bawah pengurusan Pep Guardiola sebagai jurulatih the Noisy Neighbours dan bekas pemain Arsenal itu dinilai sebagai calon terbaik untuk mengambil tanggung jawab mengendalikan skuad Gunners,

Ketua Eksekutif Arsenal Vinai Venkatesham dilihat berada di pekarangan kediaman Arteta selepas mereka terbang ke utara London rentetan kemenangan City 3-0 di Emirates Ahad lalu.

Guardiola telah menyatakan kata putusnya bahawa dia tidak akan menghalang Arteta sekiranya jurulatih itu bercadang untuk meninggalkan Etihad walaupun kelab itu marah dengan cara pujukan Arsenal terhadap jurulatih itu.

Difahamkan bahawa Arteta memaklumkan kepada kelabnya bahawa ia merupakan perbincangan kedua antara dia dan kelab asalnya dan ketiganya bersama anak pemilik kelab Arsenal iaitu Josh Kroenke telah dijadualkan malam ini.

Bagaimanapun, Arteta juga dikatakan berada dalam radar Everton yang sedang mencari pengurus tetap secara serius bagi mengisi kekosongan itu selepas Marco Siolva dipecat 6 Disember lalu.

Arteta yang juga bekas pemain the Toffees sebelum berhijrah ke Emirates Stadium dibawah kendalian Arsene Wenger telah melakukan 209 penampilan di Goodison Park antara 2005 hingga 2011.-MalaysiaGazette