Dong Zong

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta supaya tidak melayan sebarang desakan Dong Zong dan Jiao Zong berkaitan isu pelaksanaan pembelajaran pengenalan tulisan jawi ini di sekolah jenis kebangsaan (SJK).

Lebih baik kerajaan fokus kepada masalah ekonomi negara yang semakin membimbangkan sehingga ramai yang hilang pekerjaan, biarpun kerajaan pernah berjanji untuk menyediakan satu juta pekerjaan.

“Fokus yang ini dulu daripada isu pembelajaran tulisan jawi. . Jangan buat pusingan U lagi. Terlalu banyak pusingan U telah dibuat sejak Pakatan Harapan mentadbir,” kata Exco Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid.

Mustafa berkata, beliau tidak faham mengapa sehingga ke hari ini Dong Zong dan Jiao Zong begitu beriya-iya menolak pelaksanaan pembelajaran tulisan jawi di SJK.

Sedangkan, sudah berbulan-bulan keputusan dibuat bahawa pembelajaran pengenalan kepada tulisan jawi di sekolah itu hanya dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Artikel berkaitan:Tulisan Jawi: Dong Zong, Jiao Zong hantar memorandum

Hormat keputusan mahkamah, ajar tulisan Jawi di sekolah vernakular

Dong Jiao Zong anjur persidangan pertubuhan Cina bantah tulisan Jawi

“Jika PIBG dan ibu bapa murid di sesebuah SJK menerima pelaksanaan pembelajaran pengenalan tulisan jawi, apa masalahnya? Biarlah dilaksanakan. Ianya tidak dilaksanakan secara paksaan, tetapi pilihan.

“Saya tidak faham mengapa begitu beriya-iya Dong Zong dan Jiao Zong menentang sehingga dilaporkan mahu mengadakan persidangan membantah pelaksanaan tersebut.

“Apa yang menggugat pertubuhan-pertubuhan itu sehingga pembelajaran pengenalan jawi yang hanya beberapa muka surat sahaja dalam buku teks Bahasa Melayu begitu ‘menakutkan’ mereka?  Atau adakah mereka ada agenda tertentu?,” ujarnya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Supposedly in the beginning this type of dong zong school should NOT be allowed to get its footing here in Malaysia. we are too generous in treating foreign education getting base here upto the extent of putting our own ‘requirements’ at stake. If I were to be the ruing govt.. This type of school who has no sensitivity to the nation where it gets established should be banned from further operation, period.

  2. dong zong bukan kerajaan. ada menteri kata nyamok. gatal garu je lah. dia lupa hidup menumpang tapi berlagak nak jadi tuan. maaf cakap kalau ada hati. tapi itu lah bahasa yang layak dikatakan

  3. Seharusnya bangsa pendatang ini berterima kasih dengann apa yang dia ada dan dapat di Malaysia ini. Cuba bandingkan bangsa kamu yang ada di negara lain seperti di Indonesia. Apakah kamu buta atau pekak. Bahasa sendiri langsung tidak boleh dipertuturkan hingga generasi sekarang ini tidak kenal dengan identiti bangsa sendiri. Kami bukan takut untuk buat seperti mereka, tetapi kami masih ada sifat perikemanusian lagi.
    Kamu tunggu apa kerajaan Johor akan lakukan nanti. Hanya satu sekolah akan merangkumi semua bangsa dalam satu pembelajaran. Kita akan lakukan.

Comments are closed.