Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – DAP bimbang dengan perkembangan di mana terdapat sebilangan rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang menyokong perkauman secara ekstrem.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam satu kenyataan di sini hari ini mengutuk politik perkauman dan ekstremis agama yang dibawakan oleh pembangkang dengan mensasarkan kaum bukan Melayu dan bukan Islam untuk meraih pengaruh politik.

Dengan menggunakan formula kebencian dan pembohongan, pihak pembangkang katanya telah meminta supaya pembiayaan sekolah-sekolah vernakular dihentikan.

Malah terdapat sesetengah pihak yang meminta supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan ditutup; produk dan perniagaan bukan Muslim diboikot; menyekat bukan Islam daripada menjadi menteri kabinet; menghapuskan hak orang India dan Cina untuk mengundi; menghina amalan agama bukan Islam dan menyebarkan fitnah terhadap bukan Islam.

“Negara ini tidak hanya dimiliki oleh satu bangsa atau agama sahaja. Tiada rakyat Malaysia boleh tinggal terasing dalam komuniti mereka sahaja tanpa berinteraksi atau bekerjasama dengan orang lain.

“Menjunjung bahasa kebangsaan tidak bermakna seseorang itu tidak boleh belajar bahasa lain.

“Begitu juga, hak untuk belajar bahasa ibunda tidak terjejas dengan opsyen pengenalan sumber daripada bahasa kebangsaan kita,” katanya.

Tambahnya, media arus perdana yang dikawal Barisan Nasional dan MCA telah memainkan kenyataan-kenyataan merbahaya dan menggalakkan perpecahan kaum serta destruktif perlu diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa terbabit.

Ini bagi memastikan perpaduan negara, bangsa dan agama terus harmoni, katanya.

Selain itu, CEC dalam mesyuarat terakhirnya untuk tahun ini memutuskan supaya Pakatan Harapan untuk memberi fokus kepada isu-isu nasional yang lebih penting dengan lebih banyak mendengar masalah rakyat serta bekerja lebih kuat.

Ini katanya bagi meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dalam bidang ekonomi, pendidikan, pekerjaan dan kesihatan.

PH juga katanya, mesti berusaha keras untuk menunaikan janji-janji mereka dalam Manifesto PH.

“Rakyat mesti boleh melihat kuasa digunakan bukan untuk mendapatkan kedudukan tetapi bagi memberi manfaat kepada rakyat,” tegasnya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Saikhlasnya Menteri Multi Media yg paling layak dipegang ‘ olih Rafizi Ramlee. Ini bukan Bias tapi kita kena akui kelayakan sasaorang Bukan menidakkan YB Tuan Govind tapi dgn perang multi media sekarang kerajaan PH mesti mencari sasaorang yg faham kehendak serta perancangan dlm mematahkan fitnah dan jika apa yg kita lihat dengan tiada tindakan segera dari pehak kerajaan mempergunakan medan cyber untuk mematahkan perang cyber yg memberi kemenangan pada pembangkang dan Menteri multimedia adalah kementerian yg tau cara mengesan menyekat berita palsu yg bermaharajalela skg ini.Jika jabatan multimedia PH bagini saya pasti kerajaan PH akan menjadi kerajaan 1penggal dan segala undang-undang yg dipersetujui dan diluluskan skg ini akan diubah dan PH akan mengigit jari. Dalam PH siapa yg dipertanggung jawaban terhadap undang yg perlu diubah dan apakah bentuk perusal bagi menangkis segala tomahan dari pembangkang dan apa yg telah menteri dikementerian multimedia buat untuk menangkis segala fitnah tersebut.Fikirkanlah Jangan jari kerajaan 1penggal dan dibangkul sampahkan rakyat diPRU15 nanti.

Comments are closed.