Presiden Turki, Tayyip Erdogan. foto SYAFIQ AMBAK, 19 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Antara cadangan yang mendapat perhatian dalam mengukuhkan kerjasama serta kedudukan kewangan antara negara-negara Islam adalah termasuk penggunaan wang mata sendiri dalam pelaburan dua hala.

Malah penggunaan mata wang tempatan daripada menggunakan mata wang seperti dolar Amerika Syarikat (AS) sebenarnya bukan sahaja kukuhkan kedudukan sebaliknya dianggap mampu memecahkan belenggu penjajah pada sekian kalinya.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ketika perbincangan meja bulat Sidang Kemuncak KL 2019 menggesa negara-negara Islam  menggunakan mata wang sendiri dalam perdagangan dengan  negara Islam bagi mengelak tekanan mata wang asing.

“Sebenarnya sistem transaksi baru seperti ini perlu diwujudkan bagi negara Islam kerana kelak ianya lebih banyak memberi manfaat kepada kita daripada manipulasi ekonomi serta kewangan.

“Sangat penting untuk kita berbincang isu lebih penting seperti ini ,selain konkrit dalam mencari penyelesaian sambil memberi fokus mendalam dengan apa yang kita buat dan tidak hanya bercakap sahaja.

“Ini bukanlah kali pertama kita bercakap tentang tekanan pertukaran mata wang asing. Saya cadangkan lagi daripada menjalankan perdagangan menggunakan mata wang asing, adalah lebih baik kita berdagang gunakan wang tempatan kita.

“Kita perlu buat sistem urus niaga yang baharu bagi atasi sebarang kejutan serta manipuasi kewangan pada masa hadapan

Beliau menjelaskan sistem transaksi baru perlu diwujudkan untuk dunia Islam kerana ini lebih berdaya tahan terhadap kejutan serta dimanipulasi ekonomi dan kewangan.

“Adalah penting untuk membincangkan isu-isu ini tetapi yang lebih penting mencari penyelesaian. Saya fikir kita perlu memberi tumpuan kepada apa yang boleh kita lakukan.

“Daripada melakukan perdagangan menggunakan mata wang asing, kami ingin berdagang dengan mata wang negara kita sendiri. Pasaran kewangan rapuh terhadap kejutan dan manipulasi. Untuk mengelakkan ini, kita perlu cuba membuat sistem urus niaga baru.

“Isu perdagangan perlu diberi keutamaan. Kita perlu membuat pembaharuan dalam agenda kewangan Islam, malah Malaysia sudah mula merintis peranan kewangan Islam sebagai alternatif,” katanya sebentar tadi.

Erdogan sebelum ini telah beberapa kali mengingatkan tentang tekanan krisis global yang menjejaskan negara Islam menyeru langkah-langkah penting diambil untuk menepis tekanan kadar tukaran antarabangsa.

Pemimpin Turki itu juga menekankan bahawa negara Islam perlu menggunakan platform dan kemudahan sedia ada untuk membantu menyelesaikan masalah masing-masing.

Presiden Iran, Hassan Rouhani juga senada dengan pandangan Erdogan, khasnya dengan tidak lagi berniaga menggunakan mata wang dolar AS dalam kalangan negara-negara Islam.

Hassan juga mencadangkan sudah tiba masanya negara Islam tampil dengan mata wang kripto sendiri.

“Impian Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia menggunakan dinar Islam dalam perdagangan boleh jadi kenyataan dengan idea duit syiling digital ini,” ujarnya. –MalaysiaGazette

.

1 Komen

  1. Bertahun2 dulu, dunia Islam sendiri buat bodoh (atau mmg bodoh) bila Tun suggest gunakan dinar utk transaksi antara negara2 Islam. Syukur la skrg kuasa besar mcm Turki dan Iran dah sedar tentang ni. Better late than nothing. Better safe than sorry for doing nothing.

Comments are closed.