Kebakaran belukar dari Gunung Tomah di New South Wales, Australia. foto Agensi

SYDNEY – New South Wales mengisytiharkan darurat berikutan gelombang panas yang menyebabkan krisis kebakaran belukar.

Negara ini mengalami cuaca panas dan kering pada purata suhu 40.9 darjah celcius pada Selasa lalu.

Namun rekod itu dijangka dapat diatasi dengan ramalan cuaca lebih panas pada hari Khamis dan minggu depan.

Pihak berkuasa di NSW kini sedang bertarung untuk menangani lebih 100 kebakaran hutan sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Menteri NSW, Gladys Berejiklian mengumumkan tujuh hari darurat kerana keadaan cuaca yang semakin buruk.

“Kebimbangan besar untuk beberapa hari lagi adalah angin kencang yang tidak dapat diramalkan dengan cuaca buruk,” katanya.

Sydney merupakan ibu negeri NSW pula diramalkan mengalami suhu pertengahan 40 darjah celcius pada hari Khamis.

Australia memberi kuasa tambahan kepada pihak berkuasa untuk menghadapi krisis. Ini adalah deklarasi kedua di NSW sejak bulan lalu.

Gelombang panas adalah bencana alam yang paling dahsyat di Australia dan telah membunuh ribuan orang lebih banyak daripada kes kebakaran atau banjir.

Rekod suhu maksimum sebelum ini adalah purata 40.3C yang berlaku pada tahun 2013. – MalaysiaGazette