Kerajaan memutuskan setiap Jumaat sebagai Hari Jawi.

KUALA LUMPUR – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa semua pihak menghentikan polemik isu tulisan jawi yang sedang hangat diperdebatkan secepat mungkin.

Malah, pihaknya berpandangan tindakan mengadakan perhimpunan mahupun demonstrasi sama ada bersifat anti-jawi mahupun pro-jawi hanya akan mengeruhkan keadaan.

Semua pihak berkepentingan wajar kembali ke meja rundingan bagi memastikan pertikaian dapat diuruskan secara harmoni dan tidak mencetuskan perbalahan antara kaum, kata Presiden PKPIM, Ahmad Farhan Rosli.

“PKPIM mengharapkan semua pihak dapat bertenang serta menghormati persepakatan yang dicapai oleh Jemaah Menteri yang telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi di semua sekolah.

“Tindakan ini dilihat tepat sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan yang menegaskan tulisan Jawi sebagai tulisan bagi Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, PKPIM mahu semua pihak menghormati sensitiviti dan kepelbagaian budaya masyarakat majmuk Malaysia.

Jelas beliau, tulisan jawi merupakah khazanah dan warisan negara yang harus dipelajari dan dipelihara oleh semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama mahupun keturunan, justeru, bagi PKPIM sebarang bentuk provokasi sama ada dalam bentuk kenyataan, himpunan sidang anti-Jawi atau pro-Jawi tidak harus diteruskan.

Sebaliknya menggesa suatu sidang melibatkan pihak-pihak bertelagah untuk duduk berbincang dan berdialog dan menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi menyediakan ruang bagi pihak terlibat. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Agak menghairankan kerana penulis turut menyalahkan pihak2 yg mempertahankan Tulisan Jawi. Sedangkan ia merupakan sesuatu yg lumrah utk melindungi program Tulisan Jawi daripada terus diperlekeh oleh kaum puak keturunan pendatang. Cuba tanya diri anda sendiri adakah pembela2 Tulisan Jawi itu yg mencetuskan kemelut ini? Tidak, sama sekali tidak kerana penolakan golongan pendatang telah berlaku sejak sekian lama dan kemuncaknya ialah skrng apabila kuasa ada di tangan kaum puak mereka. Jika penulis yg mendakwa dirinya wartawan tidak memahami sejarah bahawa M’sia yg bertuankan Melayu dan Islam tlh menetapkan dlm perlembagaan keistimewaan Agama Islam dan Budaya Melayu sbg budaya utama komponen dominan di negara ini, pergilah kembali ke sekolah utk memahami sejarah. Persetujuan Kontrak Sosial yg memberikan peluang kaum pendatang tinggal dan mencari makan di sini juga memperuntukkan perlunya golongan pendatang itu menghormati hak ketuanan Islam dan Melayu. Jadi, tidak ada alasan penolakan yg berpanjangan ini diteruskan malah kali ini dgn sikap angkuh dan biadab puak2 pendatang itu. Atau memang penulis salah seorang daripada mereka dan tidak memahami tuntutan2 Perlembagaan dan Kontrak Sosial?

  2. Tulisan Jawi mesti d pertahankan, yg tidak suka tiada masalah, tetapi jangan pula dlm hal lain mahu gunakan Jawi…agak agak sikit jika hati busuk macam bangkai, jangan gunakan Jawi jika ada kepentingan…harap bangsat bangsat ini faham…

  3. Aslkum. Jangan bagi muka pada kaum pendatang ni. Dah bagi peha nak betis pulak.. Kita tentang habis habisan puak2 ni yg tak berterimakasi.

  4. RUNDINGAN MEJA KEPALA BAPAK APA..?INI TANAH MELAYU,DEPA TAK BOLEH IKUT,SILA KELUAR DARI MALAYSIA..ADAKAH KITA SURUH MEREKA TERJUN GAUNG SAMPAI NAK JADI POLEMIK.ITUPON DARI 6 MUKA SURAT TINGGAL 3..
    INI BUKAN HAL PRO ATAW TIDAK.INI KURANG AJAR SIKAP BANGSA PENGGANAS KOMUNIS YANG MULA TUNJUK BELANG..
    SEMUA NAK SURUH MELAYU SABAR,SABAR KEPALA BAPAK…!!!
    BANGSAT2 CINA PENGGANAS KOMUNIS DOK PIJAK KEPALA MELAYU,MASIH SURUH KE MEJA RUNDINGAN LAGI..!!!!

Comments are closed.