Koleksi Al-Quran tulisan tangan yang dicari dan dikumpul oleh Raja permaisuri Agong Tunku Azizah yang dikongsi untuk tatapan pengguna Twitter hari ini.

KUALA LUMPUR – Selain minat terhadap kraftangan tradisi dan memasak, Raja Permaisuri Agong juga gemar menyimpan koleksi al-Quran lama tulisan tangan.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar berkongsi sebanyak empat keping gambar koleksi al-Quran tulisan tangan menerusi akaun Twitter baginda.

Tunku Azizah berkongsi koleksi Al-Quran lama tulisan tangan yang disimpan dan dipamerkan di Muzium Pekan Pahang.Tambah Tunku, ia merupakan koleksi yang terbaharu diterima dari Yang di-Pertuan Agong.

“Ini yang terbaharu saya terima dari Tuanku Agong.Koleksi Almarhum Sultan Ahmad Shah,” titah Tunku Azizah lagi.-MalaysiaGazette