Tan Tai Kim

KAJANG – Persidangan bersama pertubuhan Cina yang diadakan pada Sabtu adalah untuk membincangkan isu pendidikan dan pihak penganjur akan memastikan ia dijalankan secara teratur.

Walaupun Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) telah dipanggil menghadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada Khamis, tetapi persekutuan itu tidak diarah membatalkan persidangan yang dirancang.

Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berkata, jabatan itu sebaliknya hanya mahu mengetahui lokasi program dan jumlah kehadiran.

“Jabatan Pendaftaran Pertubuhan cuma bertanya perkara biasa dan mereka mahu tahu lokasi dan jumlah kehadiran untuk persidangan bersama.

“Kami juga telah memaklumkan program ini kepada balai polis di Kajang,” katanya dipetik Sinchew Daily.

Tai Kim percaya Dong Zong tidak akan dikenakan tindakan selagi tidak melanggar peraturan yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Katanya, selain memastikan program dijalankan dalam keadaan selamat, penganjur juga mahu mengelakkan berlakunya perkara-perkara tidak diingini.

Baca: Dong Jiao Zong anjur persidangan pertubuhan Cina bantah tulisan Jawi

Tai Kim berkata, lebih seribu pertubuhan termasuk lembaga-lembaga pengelola sekolah, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), serta persatuan alumni telah mengesahkan kehadiran.

“Kami berharap peserta akan berbincang secara rasional dan mengumpulkan kekuatan persatuan Cina untuk menyampaikan pandangan dan pendirian,”katanya.

Selain pertubuhan-pertubuhan Cina, kata Tai Kim, persidangan itu turut mendapat pengesahan kehadiran beberapa pertubuhan kaum India.

Baca: Bantahan Jawi: Jika Dong Jiao Zong mahu cetus kekacauan, buatlah – PM

“Majlis juga menjemput bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim; wakil Yayasan Tamil, K. Arumugam; sarjana, Mohd. Tajuddin Mohd. Rasdi; dan wakil G25, Johan Ali untuk menyampaikan pandangan mereka,” katanya.

Mengenai hasrat Pas yang mahu mengadakan dialog dengan Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Tai Kim berkata, pihaknya mengalu-alukan dialog itu.

Menurutnya, dialog dengan Pas boleh diaturkan selepas selesainya persidangan bersama pertubuhan Cina.

“Ini adalah sangat baik, kami juga mengharapkan ada interaksi sedemikian selepas persidangan bersama diadakan,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Mmg babi ko ni..dah tahu perkara blh mehuruhara kan org ramai tetap ko nak buat juga,mmg celaka ko ni…syaitan punya mnusia..harap pihat KDN haram kan NGO celaka ni..mmg dia cabar undang2 betul lh…

  2. Kalau berlaku apa-apa yg tidak diingini jangan salahkan kerajaan kerana salepas ini mungkin kaum melayu akan membuatkan perhimpunan taksaksa untuk counter attack persatuan CINA ini.Harap NGO melayu jjangan berdiam diri.Selama 60 tahun lebih BN memerentah tiada berlaku pekara dimana persatuan CINA membuat bantahan pada kaum melayu.Skg ada kaum melayu bersengkokol dengan kaum cina dan jadi racist dan berpehak pada kaum cina.Jika berlaku rusuhan kaum salepas ini harap Agung campur tangan dan raja-raja melayu akan nasihat PM Tun M supaya Parliment dibenarkan dan pilihan raya diadakan dan orang -orang melayu kita bersatu humbankan semua persatuan cina dan mana-mana kaum yg bersama menyokong kumpulan yg lupa daratan itu.Saya berdoa dan berharap semua orang Melayu bersatu dan Tun M bolih menjadi PM kembali dengan TS Muhyiddin dan seluruh kepimpinan Melayu bersatu demi negara yg bertuah ini.Sekarang kita telah tau niat sabenar pertubuhan CINA dan sudah jelas kpd kita bahawa mereka mau jadikan Malaysia saperti Singapore mereka mau menjadikan Malaysia hak Molokai mutlak mereka dengan menbukan party politik ada yg bersama BN dan sebagainya.Sorrylah melayu sudah membuat kesilapan tentang Singapore dan kini kita sudahkah tau bahawa mereka punya agenda mau menghapuskan raja-raya melayu dan maukan hak sama rata dan mau jadi PM dgn mengunakan org Melayu sabagai puppet utk kepentingan kaum mereka.Initiative adalah masa utk semua melayu bangun dari tidur Lena dibuai limping indah tapi ahkirnya kita akan jadi Pal Kadok (Ayam menang Sabung tapi kambing tergadai. Allahuakbar.Take akan hilang melayu didunia jika kita bersatu demi negara ,bangsa fan budaya yg kita pertahankan dari dirampas olih pengkianat yg datang tapi berniat untuk merampas hak mutlak kita..This is not racist statement but this is related our dignity and our right to protect our heritage left by our great grandfather, grandmother to us so long times ago.HIDUP melayu ,HIDUP malay Achipilago forever..Prevents our land from those who wanted to take them from us the origins of this empire. May Allah swt protect us from evil and will malay realise the truth.Wishes Malaysian live in peace in this Malaysia and respected the treaty our great grandfather signed with all raced before independent. AMEEN.

Comments are closed.