KUALA LUMPUR – Mohamed Hanipa Maidin mencatat rekod menjadi pemimpin kerajaan bertaraf timbalan menteri pertama menyanggah keputusan polis memohon perintah mahkamah untuk membatalkan persidangan Dong Jiao Zong membantah tulisan Jawi.
Pemerhati politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, tindakan Mohamed Hanipa itu telah meletakkan dirinya sebaris dengan pemimpin DAP, Dr. P. Ramasamy dan Howard Lee; pemimpin Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau; pemimpin MCA, Datuk Chong Sin Woon dan aktivis NGO, Siti Kassim.

Hanipa juga katanya, turut menyanggah pendirian Ketua Pemuda PAN, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim yang menentang persidangan Dong Jiao Zong kerana menganggap kurang matang, tidak patriotik, paranoid melampau dan amat keterlaluan.
“Bijakkah seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian undang-undang menyelar tindakan agensi penguatkuasaan utama negara yang sekadar mahu menegakkan keamanan negara?
“Tidakkah kenyataan Mohamed Hanipa ini akan membuka laluan kepada pemimpin DAP, khususnya yang berjawatan menteri dan timbalan menteri untuk menjadi lebih berani dalam mengkritik tindakan polis ini?,” soal beliau.
Beliau juga berkata, kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini yang mahu polis mengambil tindakan terhadap pihak yang mengugut mahu mencetuskan kekacauan pada persidangan membantah tulisan Jawai yang sepatutnya berlangsung di Kolej New Era di Kajang, hari ini.
Katanya, kenyataan itu mungkin diinspirasikan dari kenyataan Mohamed Hanipa yang tidak bersetuju dengan tindakan polis membatalkan kongres bantah Jawi anjuran Dong Jiao Zong.
“Pagi ini taiko besar DAP, Kit Siang dah buat kenyataan beritahu polis tidak sepatutnya membatalkan kongres itu walaupun polis berdepan dengan tekanan hebat.
“Beliau juga mahu polis berlaku adil dengan bertindak ke atas mereka yang mengugut untuk membuat kacau,” katanya.
Kamarul Zaman berkata, sepanjang pengamatannya, 40 NGO Melayu yang membuat laporan polis kelmarin tidak mengugut untuk membuat kacau, hanya sekadar untuk berhimpun secara aman, begitu juga dengan AGRA.
Katanya, beliau hairan mengapa DAP terlalu bersungguh mempertahankan Dong Jiao Zong hingga Kit Siang tampil membuat kenyataan tidak bersetuju dengan tindakan polis.
“Selalunya taiko besar DAP ini sangat prihatin dengan penyebaran ‘fake news’, tapi hairan juga langsung tidak disentuh kenyataan Dong Jiao Zong bahawa pelajar bukan Islam telah diIslamkan dan ini kononnya punca utama Jawi ditentang.
“Kepada banyak pihak faktanya sangat jelas, yang membuat kacau dan yang perlu dikenakan tindakan ialah Dong Jiao Zong, bukan 40 NGO Melayu dan AGRA.
“Dan nama penuh polis adalah Polis Diraja Malaysia. Jadi, tak perlulah Kit Siang memandai-mandai nak mengarah polis pula,” katanya. – MalaysiaGazette

















ثیدق بوله لاری مستی اكن اد فتوالغ دكالغن بغسا كیت سندیری.. دی تیدق ماهو كاله دغن لویر زاید ابراحیم.
sepatutnya cina2 yang rasis seperti kit siang yang mulakan huru hara 13 mey 69 du tu dinyahkan saja dari Tanah Melayu ni. cina tak berguna kepada masyarakat aman sentiasa saja tak puas hati walaupon dia tahu dia tu pendatang.
klu perintah halangan yg di keluarkan mahkamah pun di persoalkan peguam jenis apa ni.. bila org lain dikt menghina mahkamah klu diri sendiri nak kata apa?
Mereka cuba nak “test” jika melayu mengalah dengan mereka. Jika melayu mengalah mereka akan jadi melayu singapura lahakhirnya.
KAN DAH CAKAP LIDAH DIA NI PENYAMBUNG NGAN LIDAH IBLIS,.TAK ADA BEZA DIA NGAN DAJJAL,CUMA DAJJAL BELOM MUNCUL,TAPI ORG SEPERTI DAJJAL MACAM DIA DAH UJUD..
MAMPUIH DIA NI SOK,JANGAN KEBUMI D TANAH PERKUBURAN ISLAM,KAMBUIH D BUKIT ATAW ESTET JA,TAK LEMPAQ JA MANA BAGI MENATANG MAKAN..DASAR SYIAH ZIONIS.‼‼‼