Liverpool siasat insiden antara pengutip bola dan pemain pertahanan Wolves di anfield malam tadi.

LIVERPOOL – Liverpool melakukan siasatan insiden yang melibatkan pemain pertahanan Wolverhampton, Jonathan Castro Otto atau dikenaliki Jonny dan pengutip bola dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Dalam aksi di Anfield, the Reds menang tipis 1-0 ke atas the Wolves menerusi jaringan Sadio Mane.

Bagaimanapun kelab itu sedang menyiasat insiden melibatkan pemain Wolves dan pemuda yang mengutip bola di tepi padang semasa perlawanan.

Dalam satu kenyataan semalam, Liverpool menjelaskan kelab itu akan mengikuti protokol sedia ada untuk mengumpul semua maklumat yang menyokong aduan mengenai kejadian itu.

“Sementara proses siasatan itu berlangsung, kami tidak boleh mengulas berhubung insiden itu,” katanya.

Difahamkan pengutip bola di Anfield enggan memberikan bola ketika cuba diambil pemain Wolves di atas padang.

Wolves menyedari insiden itu dan menunggu tindakan lanjut daripada Liverpool. – MalaysiaGazette