KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membantah keras keputusan kerajaan mengecualikan visa selama satu tahun kepada pelancong dari China dan India mulai tahun depan.
Ketua penaja Pergerakan Wira Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, keputusan itu akan menambahburukkan lagi keadaan apabila rekod sebelum ini mencatatkan 76,258 atau 95.6 peratus rakyat China dan 39,806 (96.5 peratus) rakyat India masih bersembunyi di negara ini.
Ujar beliau, jumlah pelancong tidak keluar itu amat membimbangkan warga Malaysia, lebih lagi kebelakangan ini kecoh dengan kebangkitan ideologi komunis dan kumpulan Barisan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang tidak henti mencabar kedaulatan negara.
“Pengecualian ini akan membuka ruang sebesar-besarnya kepada dua kumpulan pengganas ini untuk menyusun strategi menyusup masuk ke negara ini secara beramai-ramai.
“Kita bimbang mereka akan mengancam keharmonian dan perpaduan negara,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.
Sabtu lalu media melaporkan, pelancong dari China dan India dikecualikan visa selama setahun mulai tahun depan dengan tempoh lawatan terhad kepada 15 hari tanpa sebarang lanjutan.
Pengecualian visa itu diumumkan dalam satu perintah menteri di bawah Akta Pasport yang diwartakan Khamis lalu dan ditandatangani Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjalankan fungsi menteri dalam negeri.
Menurut Nasrul Ali Hasan, kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada penguatkuasaan bagi mengenalpasti dan menangkap pelancong yang tinggal lebih masa berbanding menambah jumlah kemasukan.
Sedangkan undang-undang negara ini cukup ketat, namun, masih lemah dari segi penguatkuasaan sehingga pelancong terbabit berani tinggal dan bekerja di Malaysia secara haram.
“Kumpulan ini bukan sahaja telah mencuri peluang pekerjaan rakyat Malaysia, malah mengurangkan kuasa membeli rakyat apabila jumlah pengangguran semakin meningkat.
“Mereka yang melencong ini juga lebih cenderung untuk kirim wang pendapatan mereka ke kampung halaman berbanding berbelanja di dalam negara.
“Lebih menghairankan lagi, bagaimana sepanjang tempoh ini mereka berjaya berada dalam negara ini tanpa ada penangkapan dan sebagainya?” soal beliau.
Katanya, adakah pelancong daripada China dan India yang lesap itu mencerminkan kewujudan beberapa sindiket di kalangan rakyat Malaysia yang memberikan perlindungan kepada golongan terbabit.
Atau, kata beliau, adakah ini juga bermakna sindiket yang sama akan berusaha mendapatkan kad pengenalan dengan pembohongan kononnya oleh kerana mereka tinggal jauh di pedalaman seperti di estet dan kebun sayur.
“Dengan alasan itu, mereka yang tidak mempunyai surat beranak tidak berani keluar ke pekan untuk mendapatkan kad pengenalan masing-masing sebagaimana dituntut oleh undang-undang negara?
“Kita menggesa kerajaan membatalkan hasrat memudahkan pelancong dari China dan India memasuki negara ini, malah tambah baik sistem dan penguatkuasaan terlebih dahulu kerana sehingga kini dua faktor ini masih gagal dilaksanakan oleh kerajaan.
“Jadilah kerajaan yang menjaga kedaulatan dan keselamatan negara dan cukuplah menjadi pemimpin materialis, yang akhirnya mewujudkan rasa tidak senang serta tidak selesa dan menindas rakyatnya di negara sendiri,” ujarnya. – MalaysiaGazette

















Tahniah pada pengundi KERAjaan PeeH… Puiiii…
Knp pelancong dari china dan india di kecuali kan?pasti ada agenda tersurat dan tersirat.kementerian dalam negeri tolong bagi tahu rakyat malaysia apa sebenar nya yg belaku negara malaysia nie sejak dap duduk di putrajaya.kami rakyat malaysia rasa ada yg tak kena.menteri dalam negeri jangan sibuk nak bagi ic je.pengdatang asing masuk malaysia yg tak dapat di kesan nie settle dulu.kerja menteri dalam negeri semata2 bagi kerakyatan je ke hal lain dah tak tahu nak buat.menteri dalam negeri seolah di desak oleh pihak tertentu untuk meluluskan kerakyatan secara mendadak.cari pendatang dan pelancong dari china yg masuk ke negara nie entah di mana duduk apakah mereka musuh atau sebalik nya.asal bodoh sgt semua makan gaji buta lah senang.musuh masuk pun kita buat bodoh je.kerana rasuah negara rosak system kelamatan tak ketat.abu mayat boleh lolos apa tah lagi dadah syabu dan lain2. Masalah isu dong zong pun diam membisu.habis lah tembok negara kalau dapat memteri tak tegas dan bacul.
Nak jadi menteri tak semesti nya belajar setinggi gunung cukup ilmu di dada zahir batin dan berani menentang kemungkaran dan kezaliman dan menjaga keamanan rakyat dan dengar suara rakyat itu sudah menjadi yg terbaik.di susuli dengan mengetatkan kawalan system keselamatan negara.otak mesti berfungsi dan dapat mengesan gerak geri musuh.jika otak tak berfungsi pun belajar tinggi gunung pun tak ke mana