Chan Quin Er

KUALA LUMPUR – Tinggal beberapa jam lagi 31 Disember 2019 akan berakhir tetapi setakat ini keputusan analisis video semburit yang didakwa membabitkan seorang menteri kanan masih belum diketahui.

Sedangkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed telah memaklumkan video yang dihantar kepada sebuah universiti di Amerika Syarikat yang tidak diketahui namanya untuk dianalisis bagi mengenal pasti ketulenan video dan identiti dua lelaki dalam rakaman tersebut akan diumumkan menjelang akhir tahun ini.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Chan Quin Er berkata, jika keputusan analisis itu belum diperoleh pada akhir tahun ini, pengumuman mengenai penangguhan perlu dibuat dan bukan senyap begitu sahaja.

“Adakah PDRM akan mengumumkan dapatan analisis video berkenaan hari ini?

“Adakah nama menteri berkenaan akan dibersihkan atau adalah kami akan melihat beliau didakwa di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan? Atau mungkin Seksyen 377A adalah satu kesalahan yang PDRM tidak lagi memandangnya secara serius?,” soalnya.

Artikel berkaitan:

Selepas lima bulan, apa kedudukan terkini siasatan video semburit? Soal peguam

Lagi versi video semburit tersebar, kini lebih jelas

Video semburit: Kita tak mahu negara jadi bahan ketawa

Identiti lelaki dalam video intim diketahui sebelum akhir tahun ini

Video itu dihantar untuk dianalisis selepas Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, Cybersecurity Malaysia yang menganalisis video berkenaan gagal mengenal pasti lelaki dalam video itu meskipun video berkenaan tulen. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.