Beberapa kawasan di Bogor dilanda banjir pada hari pertama tahun 2020 hari ini.

BOGOR – Beberapa kawasan di Bogor dilanda banjir pada hari pertama tahun 2020 hari ini.

Malah dilaporkan tiga penduduk meninggal dunia akibat bencana alam itu selain kerosakan harta benda seperti rumah dan kenderaan.

Difahamkan, sebanyak lapan kampung di Kecamatan Jasinga mengalami banjir akibat air limpahan Sungai Cidurian (anak Sungai Cisadane).

Ia melibatkan Kampung Kalong Sawah, Sipak, Pamegersari, Jasinga, Koleang, Bagiang, Tegal Wangi, dan Pangaur.

“Berdasarkan maklumat, akibat limpahan air Sungai Cidurian ini, seorang penduduk bernamas nama Hilman berusia 15 tahun hilang dibawa arus sungai. Hingga kini mangsa belum ditemukan,” kata Komandan Kodim 0621 Kabupaten Bogor, Harry Eko Prasetyo seperti laporan SindoNews.com.

Selain di Jasinga, bencana alam itu turut melanda di Desa Curug Bitung, Kecamatan Nanggung.

Dalam kejadian tersebut mengakibatkan aliran lumpur menimpa Desa Curugbitung.

Akibat banjir itu, penduduk terperangkap kerana jalan darat tidak dapat dimasuki selain ketiadaan akses komunikasi dan elektrik.

Sementara itu, banjir yang melanda Bojonggede menyebabkan puluhan penduduk dan salah seorang daripada mereka menjadi mangsa korban banjir.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast