Malaysia Airlines menawarkan diskaun hebat sehingga 25 peratus tambang ke semua destinasi dalam rangkaian Malaysia Airlines menerusi Travelganza Deals mulai hari ini hingga 24 Feb 2019.

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang berlepas dari Beijing menuju ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik kerana masalah sistem.

Menurut Peoples’ Daily, penerbangan MH319 membuat beberapa pusingan di ruang udara Beijing selepas kembali ke Lapangan Terbang Daxing petang ini.

Malaysia Airlines berkata, siasatan sedang dijalankan, lapor Peoples’ Daily.

Pesawat tersebut dijadual semula berlepas pada pukul 9.30 pagi esok dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 4 petang.  – MalaysiaGazette