Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tiga pelajar Malaysia cedera dalam insiden rompakan di Newcastle Durban, Afrika Selatan.

Kejadian dipercayai berlaku pada malam Jumaat lalu, melibatkan pelajar yang menuntut di University of Newcastle.

“Seorang daripada mangsa ditembak di bahagian kaki, manakala dua yang lain ditikam dalam insiden berkenaan.

“Kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital tempatan untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” demikian menurut Wisma Putra, hari ini.

Menurut kenyataan itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sedang memantau keadaan terkini kesemua mangsa dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast