Inter Milan disyaratkan supaya melepaskan Martinez dalam rundingan pembelian Pogba ke Serie A

ROM – Inter Milan diberi kata putus oleh the Red Devils dalam soal bintang sensasi mereka Paul Pogba.

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer dilaporkan bahawa beliau meletakkan syarat terhadap kelab Serie A Itali itu yang berminat untuk mendapatkan khidmat Pogba.

Inter disyaratkan supaya perlu melepaskan dan memasukkan penyerang mereka Lautaro Martinez dalam rundingan sebagai pertukaran untuk Pogba.

Manchester City dan Barcelona antara kelab elit Eropah yang turut mengintai rapat perkembangan pemain muda berusia 22 tahun itu.

Untuk rekod, Martinez telah menjaringkan 16 gol dalam 23 penampilan bersama Inter Milan dalam Serie A musim ini.

Kedudukan Pogba yang kini kelihatan seperti tidak selesa dan sering dilanda kecederaan memasang impian untuk kembali kepada Antonio Conte yang pernah menjadi jurulatih ketika di Juventus .

Martinez kini diletakkan nilai sekitar 80 juta pound sementara Old Trafford meletakkan klausa pelepasan Pogba dengan jumlah 150 juta pound.

Juventus dan Real Madrid juga kuat menagih khidmat bintang Perancis itu.

Ramai pemerhati sukan berpendapat bahawa adalah baik untuk semua sekiranya Pogba meninggalkan Theatre of Dreams.

Walaupun spekulasi semasa di Carrington mendakwa Solskjaer mahu Pogba kekal bersama kelab, Pogba dikatakan sudah membuat keputusan untuk meninggalkan Old Trafford dan dikaitkan dengan penghijrahan ke beberapa kelab elit Eropah.

Semalam skuad Solskjaer seri tanpa jaringan dengan Wolves dalam aksi Piala FA Emirates pagi tadi.

Selepas aksi itu, Solskjaer menegaskan tiada harapan untuk pemain itu meninggalkan kelab Januari ini.- MalaysiaGazette