Ridhuan Tee Abdullah
Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.

KUALA LUMPUR – Kenapa sentuh sahaja Zakir Naik, ibarat cacing kepanasan.

“LTTE pula bagaimana? Antara Zakir dengan LTTE, mana yang lebih bahaya?”

Itu persoalan pendakwah Islam, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah ekoran ramai ahli politik yang marah kepada soalan peperiksaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baru-baru ini.

Beliau menganggap segelintir ahli politik berkenaan sebagai ultra kiasu.

“Nampaknya ultra kiasu begitu marah kepada UniMAP berkaitan beberapa soalan peperiksaan subjek Hubungan Etnik, sehingga mahukan Naib Canselor (VC) UniMAP dan pensyarah yang menyediakan soalan terbabit dipecat.

“Persoalannya, kenapa ultra kiasu begitu marah dan terus membangkitkan isu ini seolah-olah tiada isu lain yang lebih besar? Lebih hina lagi, mahukan VC dan pensyarah UNIMAP dipecat?” soalnya dalam Facebooknya hari ini.

Menurut Mohd Ridhuan, siapa mereka dan atas kapasiti apa beliau mahu bertindak untuk mereka terlibat itu dipecat.

“Kesalahan atau dosa apakah yang telah dilakukan oleh VC dan pensyarah terbabit?” soalnya lagi.

Dalam masa yang sama beliau mempertikaikan kenapa golongan ultra kiasu itu senyap sepi isu berkaitan dengan LTTE yang ada kaitan secara langsung dengan keganasan.

“Zakir Naik tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan supaya memusuhi orang bukan Islam terutama di Malaysia. Malah, selalu menasihatkan kita supaya menyantuni orang bukan Islam atas nama dakwah,” katanya lagi.

“Justeru, bila ada soalan berkaitan dengan Zakir dan dikaitkan dengan hubungan etnik, saya tidak nampak itu adalah satu kesalahan besar.

“Malah, seperti yang saya katakan, pensyarah yang menyediakan soalan tersebut, patut dipuji kerana membawa soalan di luar kotak, tidak terlalu tertakluk dengan buku teks,” katanya.

Apa pun, katanya, golongan ultra kiasu itu didakwa sengaja membangkitkan membangkitkan isu berkenaan kerana mahu kelebihan politik.

“Apa juga perkara menyentuh kaum akan dipolitikkan, bagi mendapatkan pengaruh. Mereka mahu kelihatan menjadi jaguh dalam memperjuangkan etnik tertentu,” dakwanya.

Menurut Mohd. Ridhuan, jika VC dan pensyarah UniMAP berada di jalan yang benar sila pertahankan keputusan mereka dan tidak perlu takut dengan ultra kiasu.

“Mereka inilah perosak pembinaan negara bangsa,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kertas soalan UniMAP, JPT tidak akan campur tangan

2 Komen

  1. Btul tu..mmg puak2 anjing ni tak pnh rasa syukur apa yg mreka dpt, sudah smpai msa nya org mlyu jgn bg muka lagi pd anjing2 ni..dulu kita bg muka ingat dpt kebaikan bsama tapi skrg lgi bg muka lg mslh kpd bngsa lain terutama tuan punya ngra ini..haramkn anjing2 ni drpd brada di mlysia..

    • Susah nak haramkan selagi pemimpin kita jenis penyingkan kuasa melebihi tanggungjawab dan amanah terhadap agama bangsa dan negara. Tak asa pemimoin melayu yg kita boleh harapkan sekarang. Semua tak berguna. Tau kejar duit dan kuasa je

Comments are closed.